Saturday, 25 January 2014

Gwangju Tteokgalbi Recipe (Resepi Patties Daging Korea)

Assalamuailaikum & Annyeong..

Entry kali ini aku nak kongsikan resepi tteokgalbi (Korean "hamburger" beef patties). Aku berminat nak buat tteokgalbi ne masa tengok Running Man ep 149 (Cooking battle), Kang Gary belajar buat Nanju Grilled Sanjeok. Bahan2nya simple and result TEMPTING ^^

Ttteokgalbi macam solok lada goreng je sebenarnya, cuma berbeza sedikit dari segi bahan2 dan cara memasaknya.. So, Selamat Mencuba & Happy Cooking.. !




Bahan untuk Patties
1 ulas bawang merah, di dadu
1/4 cawan pear, dicincang halus
1 biji lobak merah, diparut
3 ulas bawang besar holland, dicincang halus
5 ulas bawang putih, dicincang
1 camca teh halia, dicincang
400 gram daging kisar (aku guna daging kisar Ramly je)

Bahan untuk Perapan
1/4 cawan kicap soya
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu besar air 7 up (optional)

Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan patties ke dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan perapan dan gaul sebati. Kemudian masukkan separuh dari bahan perapan tadi ke dalam patties.
3. Setelah perapan dicampur sebati bersama patties, masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk menjadikan campuran tersebut mampat.
4. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi segi empat.
5. Bakar di atas pemanggang dan sapukan lebihan bahan perapan semasa membakar. Bakar hingga sempurna dan sedia untuk dihidangkan.

credit to: koreaforniancooking

N.J.~♥ Sukatan hanya sekadar panduan, sesuaikan dengan citarasa koran(✿◠‿◠) 

No comments:

Post a Comment