Tuesday 11 February 2014

Jjajangmyun Recipe - Korean Noodles with Black Bean Sauce

Assalamuailaikum & Annyeong...

Hari ni aku nak berkongsi resepi jjajangmyun yang sangat laa famous dekat Korea... Kebanyakkan cter korea ada tunjuk scene diorg mkn jjajangmyun ne, dlm variety shows favorite aku- Running Man pn byk kali tunjuk jjajangmyun. Mmg dh lma teringin nk mkn jjajangmyun, tp kt tmpt aku ssh nk cr korean food, kalau ada pn diragui halalnya...

So, paling mudah belajar bt sndiri berpandukan Google- Shi... First try aku... agak mengecewakan ! Warna jjajangmyun aku xgelap mcm jjajangmyun dlm gmbar =_=
Next time aku yakin hasilnya lbh baik! well, practice make perfect kn? ^^

pic credit to: Korean Cuisine

Bahan- Bahan
3 sudu besar minyak
4 ulas bawang putih ditumbuk
1cm halia dicincang
300g daging kisar
1 biji kentang, didadu
1 ulas bawang besar Holland, didadu
1 biji lobak merah, didadu
1/2 timun jepun @ korean zucchini, didadu
1 sudu besar kicap cair & 3 sudu besar kicap pekat (subtitute bagi paste kacang soya hitam)
1 sudu besar air 7-up (optional)
1-2 sudu besar gula
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
1 bungkus mee kuning @ Spaghetti
1/2 timun dihiris nipis
daun bawang, dihiris (optional)
garam secukup rasa
Air dicampurkan dengan tepung jagung dengan sukatan 1:1

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, tambahkan daging kisar dan halia.
2. Biarkan daging masak seketika, masukkan kentang dan carrots kemudian tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
3. Masukkan timun jepun dan bawang besar, kacau sebati.
4. Masukkan kicap cair dan kicap pekat, air dan gula.
5. Tambahkan daun bawang, air 7-up.
6. Kemudian masukkan campuran air dan jagung sedikit demi sedikit, biarkan sos pekat.
7. Akhir sekali masukkan minyak bijan.
8. Didihkan air dan masukkan mee, toskan kemudian alihkan mee ke dalam mangkuk.
9. Tuangkan sos ke atas mee dan hiaskan dengan hirisan timun.

credit to: korean-cuisine & sbs food

N.J.~♥ Jjajangmyun sedap dimakan bersama Danmooji...(✿◠‿◠) 

Sunday 9 February 2014

Danmooji Recipe (Lobak Jeruk Manis Korea ~ Korean Sweet Radish Pickle)

Assalamuailaikum & Annyeong...

Entry kali ni aku nak share resepi Danmooji (yellow radish), lobak jeruk manis yang selalu dimakan bersama Jjajangmyun ataupun dijadikan Kimbap. First makan Danmoonji ni masa beli nasi dekat Sushi Pacific Kbmall dan terus fall in love ^^

Cara nak buat danmooji ni senang je nak buat, paling besh boleh simpan lama-lama (nama pun jeruk kn?) So, Selamat Mencuba & Happy Cooking... !




Bahan- Bahan

2 lobak putih
350ml air
350ml cuka
1 sudu teh garam
1 cawan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kesum
10-20 lada hitam

Cara Penyediaan

1. Cuci lobak, trim hujung lobak, buang kulit dan potong nipis.
2. Campurkan cuka dan air ke dalam periuk, nisbah; 1:1
3. Tambahkan garam, gula, serbuk kunyit, daun kesum, lada hitam dan kacau.
4. Masak sehingga mendidih, kemudian padamkan api dan masukkan kepingan lobak tadi.
5. Biarkan sejuk seketika.
6. Pindahkan danmooji ke dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.
7. Ia boleh dimakan pada hari berikutnya, warna bertukar gelap dalam beberapa hari.

credit to: livingincmajor.com

N.J.~♥ Sebaiknya disimpan lebih lama sebelum dimakan untuk rasa yang lebih oishi (✿◠‿◠) 


Saturday 25 January 2014

Gwangju Tteokgalbi Recipe (Resepi Patties Daging Korea)

Assalamuailaikum & Annyeong..

Entry kali ini aku nak kongsikan resepi tteokgalbi (Korean "hamburger" beef patties). Aku berminat nak buat tteokgalbi ne masa tengok Running Man ep 149 (Cooking battle), Kang Gary belajar buat Nanju Grilled Sanjeok. Bahan2nya simple and result TEMPTING ^^

Ttteokgalbi macam solok lada goreng je sebenarnya, cuma berbeza sedikit dari segi bahan2 dan cara memasaknya.. So, Selamat Mencuba & Happy Cooking.. !




Bahan untuk Patties
1 ulas bawang merah, di dadu
1/4 cawan pear, dicincang halus
1 biji lobak merah, diparut
3 ulas bawang besar holland, dicincang halus
5 ulas bawang putih, dicincang
1 camca teh halia, dicincang
400 gram daging kisar (aku guna daging kisar Ramly je)

Bahan untuk Perapan
1/4 cawan kicap soya
1 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu besar air 7 up (optional)

Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan patties ke dalam mangkuk dan gaulkan hingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan perapan dan gaul sebati. Kemudian masukkan separuh dari bahan perapan tadi ke dalam patties.
3. Setelah perapan dicampur sebati bersama patties, masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk menjadikan campuran tersebut mampat.
4. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi segi empat.
5. Bakar di atas pemanggang dan sapukan lebihan bahan perapan semasa membakar. Bakar hingga sempurna dan sedia untuk dihidangkan.

credit to: koreaforniancooking

N.J.~♥ Sukatan hanya sekadar panduan, sesuaikan dengan citarasa koran(✿◠‿◠) 

Monday 6 January 2014

Second Chances


Assalamuailaikum, dan Salam sejahtera...

Topik yg ingin aku bicarakan pada hari ni adalah PELUANG KEDUA (second chances) !

'Life Offer You Second Chance. It's Called Tomorrow.'

Aku pasti semua org pn tahu setiap insan layak diberikan peluang yang kedua! Sebagai seorang manusia, tidak seorg pn terlepas dari melakukan kesalahan. Sejujurnya aku tak pernah percaya pada peluang kedua. Kenapa? Kerana bagi aku peluang cuma layak diberikan sekali ! kalau diberi peluang kedua, akan diminta pula peluang ketiga dan seterusnya.. Tapi apabila masa berlalu, aku mula belajar dan memahami bahawa peluang kedua itu satu keperluan ! Sebabnya, Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya setiap hari untuk menebus kesalahan yg dilakukan pada hari sebelumnya. Jadi apa hak kita sebagai seorg hamba utk menindakkan hak tersebut?


siapa tak pernah jadi jahat? we all fall short sometime.

dan kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that?
post pasal islamik kat FB, tapi tak solat, tak baik jugak. jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. pakai tudung labuh, tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak.
siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? none.
dan definition of baik was only mean by one thing ; beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, or kutuk orang yang jahat sekalipun. no we can’t do that.
kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
ya we all fall short sometime. but that doesn’t mean kita selamanya berdosa. rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka.
i am not good either. tapi tak salah kan nak berubah? 

every second is the chance to change. don’t waste it people. be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita.

- via sederhanaindah

Bagi aku, peluang kedua adalah nama lain bagi kemaafan... Percaya atau tidak, peluang kedua mampu mengubah kehidupan seseorg. Satu kisah tentang peluang kedua yg ditulis oleh Cathleen M. 
menceritakan tentang dirinya yang disyaki mempunyai kanser. Saat berada di hospital, dia menyesali kehidupan yang telah dijalaninya. Banyak perkara yang ingin dilakukannya, banyak yang ingin diubahnya tatkala memikirkan kematian bakal menjemputnya. Namun, dia diberikan peluang kedua ! ketulan di lehernya bukan kanser seperti yg disangka. Dia masih dapat menjalani hidup seperti biasa, mengubah tiap kesalahannya dan hidup dengan lebih baik dari sebelumnya.

Kadang2 manusia tidak sedar nilainya sesuatu sehinggalah kehilangannya. Saat menyedari kesilapan yg dilakukan mungkin sudah terlambat. Merayu dan menangis air mata darah tetap tidak membawa sebarang erti lagi. Tatkala inilah peluang kedua amat diharapkan. Andai peluang kedua itu masih diberikan maka gunakanlah sebaiknya, kerana ianya mungkin peluang kedua dan terakhir kalinya. Tapi sekiranya kita tidak dapat memperoleh peluang kedua itu, maka mohonlah pada Allah agar kita diampunkan.

Forgive and Forget! Maafkan setiap insan yg pernah berbuat kesalahan. Anggaplah mereka tidak matang tatkala melakukan kesilapan itu... Berhenti menghukum seseorg ats kekhilafan yang lalu, lebih2 lagi apabila kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui dlm hidup. Manusia patut saling membantu membebaskan sesorg daripada masa silamnya bukan terus-terusan mengheret seseorg jauh ke dalam masa silam yg cuba dilupakannya.  Akan tiba masanya kita pula mengharapkan keajaiban peluang kedua...


N.J.~♥ Empathy is Difficult, Sympathy is Easy, and sadly Blaming is Much Easier ❁_❁

The New Beginning ^^

Assalamuailaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat malaysia, korea dan dunia ^^
samada sedar atau tidak sudah hari ne merupakan page 6 daripada 365 page in book 2014...
So, cuba kita renungkan apa yg dh kta coret dalam 6 page tersebut? macamana kita warnakannya??? as for me its grey! bukan warna yg cantik tp hanya untuk permulaan... aku masih lagi terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar praktikal, masih belum bebas dan pastinya masih di perantauan -_-)

Tapi yang pastinya aku akan pastikan baki 10 hari ini diwarnai dengan pelangi ! selagi masih bergelar pelajar, berada di negeri orang, kenangan mestilah dicipta sebanyak mungkin... Memories is sooo precious ^^
Apapun... juz forgive & forget apa je yg dh jadi spnjg thun 2013... Anggap je sume itu satu pengajaran buat masa hadapan... tutup buku 2013, dan buka buku 2014 dengan penuh senyuman, kasih sayang, kemaafan dan penuh keberkatan In Sha Allah...


N.J. ~♥ The Future Ahead Holds Numerous Surprise 4 U, Be Open to Changes (≧◡≦)