Monday, 6 January 2014

Second Chances


Assalamuailaikum, dan Salam sejahtera...

Topik yg ingin aku bicarakan pada hari ni adalah PELUANG KEDUA (second chances) !

'Life Offer You Second Chance. It's Called Tomorrow.'

Aku pasti semua org pn tahu setiap insan layak diberikan peluang yang kedua! Sebagai seorang manusia, tidak seorg pn terlepas dari melakukan kesalahan. Sejujurnya aku tak pernah percaya pada peluang kedua. Kenapa? Kerana bagi aku peluang cuma layak diberikan sekali ! kalau diberi peluang kedua, akan diminta pula peluang ketiga dan seterusnya.. Tapi apabila masa berlalu, aku mula belajar dan memahami bahawa peluang kedua itu satu keperluan ! Sebabnya, Allah sentiasa memberi peluang kepada hambaNya setiap hari untuk menebus kesalahan yg dilakukan pada hari sebelumnya. Jadi apa hak kita sebagai seorg hamba utk menindakkan hak tersebut?


siapa tak pernah jadi jahat? we all fall short sometime.

dan kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that?
post pasal islamik kat FB, tapi tak solat, tak baik jugak. jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. pakai tudung labuh, tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak.
siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? none.
dan definition of baik was only mean by one thing ; beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.
yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, or kutuk orang yang jahat sekalipun. no we can’t do that.
kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
ya we all fall short sometime. but that doesn’t mean kita selamanya berdosa. rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka.
i am not good either. tapi tak salah kan nak berubah? 

every second is the chance to change. don’t waste it people. be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita.

- via sederhanaindah

Bagi aku, peluang kedua adalah nama lain bagi kemaafan... Percaya atau tidak, peluang kedua mampu mengubah kehidupan seseorg. Satu kisah tentang peluang kedua yg ditulis oleh Cathleen M. 
menceritakan tentang dirinya yang disyaki mempunyai kanser. Saat berada di hospital, dia menyesali kehidupan yang telah dijalaninya. Banyak perkara yang ingin dilakukannya, banyak yang ingin diubahnya tatkala memikirkan kematian bakal menjemputnya. Namun, dia diberikan peluang kedua ! ketulan di lehernya bukan kanser seperti yg disangka. Dia masih dapat menjalani hidup seperti biasa, mengubah tiap kesalahannya dan hidup dengan lebih baik dari sebelumnya.

Kadang2 manusia tidak sedar nilainya sesuatu sehinggalah kehilangannya. Saat menyedari kesilapan yg dilakukan mungkin sudah terlambat. Merayu dan menangis air mata darah tetap tidak membawa sebarang erti lagi. Tatkala inilah peluang kedua amat diharapkan. Andai peluang kedua itu masih diberikan maka gunakanlah sebaiknya, kerana ianya mungkin peluang kedua dan terakhir kalinya. Tapi sekiranya kita tidak dapat memperoleh peluang kedua itu, maka mohonlah pada Allah agar kita diampunkan.

Forgive and Forget! Maafkan setiap insan yg pernah berbuat kesalahan. Anggaplah mereka tidak matang tatkala melakukan kesilapan itu... Berhenti menghukum seseorg ats kekhilafan yang lalu, lebih2 lagi apabila kita tidak pernah tahu apa yang mereka lalui dlm hidup. Manusia patut saling membantu membebaskan sesorg daripada masa silamnya bukan terus-terusan mengheret seseorg jauh ke dalam masa silam yg cuba dilupakannya.  Akan tiba masanya kita pula mengharapkan keajaiban peluang kedua...


N.J.~♥ Empathy is Difficult, Sympathy is Easy, and sadly Blaming is Much Easier ❁_❁

2 comments:

  1. Merkur Merkur Futur Futur 2-Piece Double Edge Safety
    Merkur Futur 2-Piece Double Edge 샌즈카지노 Safety Razor | Made deccasino in Germany. Merkur Futur Double Edge 온카지노 Safety Razor | Made in Germany.

    ReplyDelete
  2. Lucky Club Casino Sites ᐈ 150+ Games & 150 Bonus Spins
    LuckyClub Online Casino Review ➡ 100+ Games ✓ 100+ Casino Sites ✚ All luckyclub you need to know about Lucky Club online casino.

    ReplyDelete