Assalamuailaikum & Annyeong...
Entry kali ni aku nak share resepi Danmooji (yellow radish), lobak jeruk manis yang selalu dimakan bersama Jjajangmyun ataupun dijadikan Kimbap. First makan Danmoonji ni masa beli nasi dekat Sushi Pacific Kbmall dan terus fall in love ^^
Cara nak buat danmooji ni senang je nak buat, paling besh boleh simpan lama-lama (nama pun jeruk kn?) So, Selamat Mencuba & Happy Cooking... !
Bahan- Bahan
2 lobak putih
350ml air
350ml cuka
1 sudu teh garam
1 cawan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun kesum
10-20 lada hitam
Cara Penyediaan
1. Cuci lobak, trim hujung lobak, buang kulit dan potong nipis.
2. Campurkan cuka dan air ke dalam periuk, nisbah; 1:1
3. Tambahkan garam, gula, serbuk kunyit, daun kesum, lada hitam dan kacau.
4. Masak sehingga mendidih, kemudian padamkan api dan masukkan kepingan lobak tadi.
5. Biarkan sejuk seketika.
6. Pindahkan danmooji ke dalam bekas kedap udara dan masukkan ke dalam peti sejuk.
7. Ia boleh dimakan pada hari berikutnya, warna bertukar gelap dalam beberapa hari.
credit to: livingincmajor.com
N.J.~♥ Sebaiknya disimpan lebih lama sebelum dimakan untuk rasa yang lebih oishi (✿◠‿◠)
No comments:
Post a Comment